The Chemistry Of Metal Music

Friday, October 28, 2005

Kaitan Metal Dan Hitam

Apa kaitan muzik Metal dan warna hitam?

Muzik Metal bersifat keras,bingit,kasar dan berat.Atmosfera yang dihasilkan muzik Metal adalah kegelapan.Warna hitam pula mempunyai emosi gelap yang sama.Maka sebab itulahpeminat muzik Metal gemar berpakaian hitam.Bertujuan menzahirkan minat mereka.

Apa kaitan muzik Metal dan suara garau?

Muzik Metal bersifat keras,bingit dan kasar maka jeritan atau vokal garau yang mengiringinya adalah amat sepadan.Kedua-duanya mempunyai emosi keagresifan yang sama.

"Jangan cepat menyalahanggap sesesebuah lagu Metal hanya kerana muziknya yang bingit dan vokalnya yang garau"

Muzik Metal Tidak Pernah Bersalah

Pemahaman kita terhadap sesuatu subjek menjadi berbeza apabila kita melihat subjek itu dari perspektif yang berbeza.Segala subjek jika semata-mata dilihat dari perpsektif negatif, maka subjek itu akan terserlah sebagai negatif dari semua segi.Amatlah penting memilih dan menggunakan perpektif yang tepat apabila berhadapan dengan sesuatu isu.Kebiasaan menilai sesuatu isu dengan perspektif yang sama akan menghasilkan idea-idea dan tindakan yang tertutup,tidak relevan dan pasif.
Tanya semua orang,kebanyakan akan mengatakan mereka benci dadah,mengatakan dadah adalah barang yang hina kerana mereka telah ditanamkan dengan satu corak pemikiran yang sama hasil daripada perspektif yang tunggal (perspektif negatif).Sebagai orang yang relevan dan berilmu tidakkah mereka patut memperluaskan pandangan mereka terhadap dadah.Dadah tidak semestinya segalanya negatif kerana dadah juga ada nilai positifnya jika dilihat dari satu perspektif lain (perrspektif positif).Dadah boleh dijadikan ubat penahan sakit,ubat pelali,ubat batuk dan ubat penenang jika diguna dengan cara yang betul.
Apabila berhadapan isu Black Metal, pendekatan yang sama harus diguna.Lihat isu Black Metal ini dari pelbagai perspektif selain daripada perspektif negatif sahaja.Dari sudut negatif, Black Metal ini difahami masyarakat mengandungi sub-budaya songsang dengan amalan-amalan melanggar tatasusila dan keagamaan.Segelintir remaja Islam (bukan semua) telah terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang memalukan keluarga,bangsa dan agama seperti apa yang dilakukan kumpulan JIT.Kita tidak dapat menolak pandangan ini tetapi biar kita bersikap adil dalam isu Black Metal ini, jangan bersikap sempit.
Bagaimana jika kita melihat Black Metal ini dari perspektif muzik yang sebenar-benarnya (pure musical)? Maka, apa yang dilihat pada Black Metal hanyalah unsur muzikalnya sahaja dan tidak yang lain.Apa yang dipentingkan hanyalah segala yang berkaitan dengan aspek muzikal iaitu kemahiran permainan drum,kemahiran dan kreativiti permainan gitar,melodi yang unik dan cara vokal yang lain dari yang lain.Di dalam muzik Metal lah segala instrumen seperti gitar,bass dan drum diguna secara total dan kreatif.Ini semua telah memberi rasa baru kepada industri muzik dunia yang semakin stereotype.Kesimpulannya dari perspektif muzik kita melihat Black Metal hanya sebagai satu cabang seni muzikal.Namun,ini tidak bermakna kita juga perlu bersetuju dan mengikut dengan membuta-tuli apa sahaja yang disampaikan melalui lirik-liriknya.Yang songsang pada Black Metal hanyalah sub-budaya atau ritual yang diamalkan segolongan pengikut fanatik tetapi muzik Metal di dalamnya tidak langsung bersalah.Buang yang keruh ambil yang jernih.Terpulang kepada seseorang untuk meletakkan batasan antara apa yang boleh diterima dan apa yang patut ditolak.Di sinilah terletaknya penggunaan akal fikiran dan iman untuk mengelakkan ketaksuban.

"Muzik tidak pernah bersalah,yang bersalah hanyalah manusia"

Saturday, October 01, 2005

Muzik Metal....Mayarakat Otak Sempit?

Apa yang tidak benar dan tidak adil , mengenai pandangan masyarakat Malaysia terhadap muzik Metal.Sebilangan kesilapan besar masyarakat Malaysia hingga kini terutamanya di kalangan Mayarakat Melayu.

1.Semua lagu Metal yang bingit,bising, dengan bunyi gitar yang tidak seronok didengar dan tidak menyelesakan jiwa sentimental mereka adalah muzik yang merosakkan dan menyesatkan, dalam erti kata yang mudah “Black Metal”.

2.Semua lagu Metal yang menggunakan vokal yang garau,bising dan tidak harmoni menandakan lagu tersebut adalah lagu Black Metal.

3.Semua band Metal yang melakukan persembahan dengan berpakaian hitam adalah band Black Metal.

4.Semua lagu yang menggunakan lirik lari dari ideologi aliran perdana seperti (anti-politikal,anti-establishment) adalah juga lagu-lagu Black Metal.

5.Semua peminat muzik Rock yang gemar berpakaian ‘ala-selekeh’ dan serba hitam / ber ‘make-up’ hitam (celak dan gincu) ke sana kemari adalah pengikut sesat anti-Tuhan Black Metal.Ataupun mungkin mereka adalah pengikut ajaran sesat dan penagih dadah.


Akibat cemuhan dan tuduhan rambang berkenaan isu Black Metal,teruk dan parah lah,para pemuzik dan peminat sejati muzik Metal yang 'neutral' dan rasional.Pada mereka , Metal tidak lebih dari sekadar kepuasan seni dan bukannya demi kepentingan propaganda yang tidak memberikan apa-apa keuntungan.Apakah akan terjadi pada band-band Heavy/Thrash Metal seperti Amuk,XPDC,Metalasia,Metallica,Soilwork,Killswitch Engage,In Flames dan Cromok.Semua muzik mereka bingit dan berat.Semua mereka sentiasa beridentiti pakaian hitam.Semua vokal mereka garau dan penuh jeritan, tetapi adakah mereka juga Black Metal? Masyarakat Malaysia yang jahil perkembangan dunia muzik mungkin dengan senang mengiyakan sahaja....

Friday, September 30, 2005

Black Metal.....Siapa Sesat ?

Penulis telah lama mendengar pelbagai lagu Metal dari pelbagai genre dari Heavy,Thrash hinggalah ke Black Metal.Sebut sahaja antara nama band Black Metal, banyak juga yang Penulis pernah dengar.Sepanjang 5 tahun hingga kini mendengar muzik dari band-band Black Metal dari luar Negara, secara jujurnya,tidak pernah lagi Penulis terfikir untuk melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah Islam apatah lagi perbuatan terkutuk memijak Al-Quran dan melakukan seks rambang jauh sekali, kerana Penulis sedar bahawa akibat perbuatan sedemikian, diri Penulis juga akan malu dan terhina oleh masyarakat.Tidak dinafikan ada unsur-unsur yang tidak sesuai di dalam lagu-lagu mereka,tetapi apa yang Penulis dengar diibarat ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’ dan ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.Mesej yang sudah pasti memudaratkan diri,apa guna diikut?Orang yang tidak mahu berfikir rasional sahaja berbuat demikian.Muzik Black Metal tanpa segala amalan yang menyesatkan itu adalah bersih sebenarnya.Ia mempunyai aspek kreativiti muzik.

Kadangkala band-band Metal tersebut memasukkan unsur sedemikian hanya untuk gimik kotor sahaja dan bukannya untuk dipraktikkan betul-betul.Ada juga kadangkala tidak menyuruh pun peminat-peminatnya di serata dunia melakukan ritual sesat tertentu.Apa yang sering berlaku ialah wujud segolongan peminat yang sengaja mencipta ritual tertentu bagi menunjukkan ketaksuban.Mungkin juga kerana mereka sememangnya memuja syaitan sekian lama.Golongan ini lah yang sebenar-benarnya sesat dan menyesatkan dan golongan sesat ini kemungkinan besar hanyalah 10 daripada 100 peratus peminat Metal. 90 peratus yang lain hanyalah peminat biasa yang hanya ketagih pada keunikan kebisingan muzik Metal dan bukannya pada sentimen lirik.Mereka masih mampu berpegang pada prinsip kehidupan yang asal ketika dan selepas mendengar lagu-lagu Metal tersebut.Mereka tidak tergamak untuk melakukan perkara yang menjijik dan memalukan diri sendiri.Contohnya adalah Penulis sendiri.

Kita rujuk balik budaya gothic yang biasa diamalkan oleh peminat-peminat muzik Metal.

Pertama, celak hitam di mata bukan hanya dipakai oleh so-called pengikut Black Metal, malah juga boleh ditemui pada peminat muzik Punk dan Hardcore.Anda mesti pernah dengar band pop punk terkenal iaitu AFI,Green Day, My Chemical Romance,kesemua vocalist mereka sentiasa memakai celak hitam pekat di mata ketika membuat video klip atau persembahan pentas. Ini menolak andaian kononnya celak hitam adalah satu simbol kesesatan Black Metal. Muzik Pop Punk tiada menggunakan sentiment anti-agama,kenapa mereka juga memakainya?

Cincin hitam,Gelang hitam,Wrist-band hitam,Spike atau Button Spike juga bukan hanya dipakai oleh so-called pengikut Black Metal.Peminat muzik Punk dan Hardcore juga gemar memakainya,malah orang awam biasa juga memakainya. Ia semua tidak menyimbolkan apa-apa maksud kesesatan. Cuma ia adalah sesuai dengan attitude semua genre muzik Rock yang sinonim dengan ‘rebel,anti-establishment,musically brutal (noisy)’

Pakaian hitam kononnya adalah pakaian rasmi Black Metal, sedangkan di luar sana ramai lagi orang awam yang tidak Metal gemar memakai pakaian hitam.Sebenarnya, hitam gemar dipakai oleh sesiapa sahaja yang berpersonaliti introvert,rebel dan terpinggir ataupun ingin menampilkan imej 'brutal'. Pakaian hitam juga sering dipakai oleh band-band Punk dan Hardcore yang langsung tidak mengamalkan anti-agama seperti Blink 182,New Found Glory dan lain-lain.

Ajaran sesat Ayah Pin contohnya, tidak ada sebarang kaitan pun dengan muzik mahupun Black Metal, namun ia begitu berjaya menarik dan menyesatkan ramai orang Islam.Orang-orang yang terpengaruh tersebut bukannya calang-calang,ada yang bergelar jurutera,peniaga dan guru.Yang peliknya, orang awam biasa yang tidak setinggi mana pendidikan agama seperti kita tidak pernah terlintas di hati pun untuk terlibat dalam syirik dan khurafat seperti itu.Fikirkan.

Thursday, September 08, 2005

Cara Menilai Lagu Metal

Cara Menilai Lagu Metal

Asasnya Metal hanyalah sebuah genre music seperti HipHop,Indie,Pop dan lain-lain.
Metal bukannya ideologi mahupun ajaran,
Metal tercipta daripada kebisingan yang berseni.
Metal adalah bunyian.

Utamakan menilai sebarang lagu Metal dari perspektif muzik iaitu bunyiannya,
Bukannya apa kandungan liriknya atau ideologinya,
Apa yang ditulis di dalam liriknya kebanyakan tidak real(rekaan),
Apa yang ditulis di dalam liriknya mungkin atas kepentingan tertentu,

Setiap jenis muzik termasuk Metal semulajadi dilahirkan positif,
Manusia yang memanipulasikannya,
Jadi,jangan salahkan muzik Metal kerana sesuatu isu sensitif,
Salahkan manusia yang menyalahgunakan,

Dicadangkan,ambil aspek positif lagu Metal tersebut (melodi/muziknya),
Jangan pedulikan aspek negatifnya (lirik)..
Kuat prinsip diri,tidak akan terpengaruh,
Buangkan yang keruh,ambil yang jernih..

Wednesday, August 31, 2005

Adakah Anda Faham Black Metal ?

Fahami Black Metal Sebenar

Cuba bandingkan apa yang anda telah tahu mengenai Black Metal dengan hasil tulisan ini...

Apakah itu Black Metal?

Black Metal adalah salah satu pecahan kepada genre Metal yang sedia ada ,sama seperti Thrash,Death,Gothic@Doom,Metalcore dan Power.Black Metal diaktifkan,dipopularkan di Norway dan dikembangkan ke semenanjung Scandanavia.Mengikut sejarah, band pelopor Black Metal di sana ialah Mayhem yang telah diasaskan oleh seorang pemuda bernama Oysten@Euronymous dengan menghasilkan demo yang pertama bertajuk "Pure Fu%#ing Armageddon" pada 1986.Pada ketika itu istilah Black Metal masih belum wujud lagi,hanyalah pada awal 90an setelah kewujudan Darkthrone dan Emperor yang secara tidak sedar telah menjana satu revolusi genre muzik sejenis yang digelar "Black Metal".Black Metal masih belum lagi menemui soundnya yang tersendiri sebelumnya revolusi dan banyak meminjam corak permainan gitar dan vibe Heavy,Thash dan Death Metal yang sememangnya sudah popular pada zaman itu seperti Mercyful Fate,Destruction dan Black Sabbath.Cuma ,apa yang disifatkan sebagai Black disini adalah propaganda dan sentimen yang disampaikan melalui liriknya yang berkisar tentang antiCristianity dan paganism.

Bagaimana Black Metal dikategorikan?

Pertama ialah berdasarkan konsep dan tema.Ia dipecahkan kepada 2 iaitu Ordinary Black Metal dan Pagan Black Metal.Pagan Black Metal adalah sejenis subgenre yang paling ekstrem dan pesimistik kerana versa puisinya yang memfokuskan kepada fahaman antiChristianity dan sedikit satanism.Jenis kedua pula ialah Ordinary Black Metal yang bersifat lebih terbuka dari aspek lirik dan mesej tetapi masih lagi tertakluk pada atmosfera kegelapan dan tidak semestinya berunsurkan antiChristianity dan satanism.Sebagai contohnya mitos-mitos pontianak,vampire,kegelapan dan kesejukan hoten dan musim ais dan perihal emosi-emosi gelap manusia.
Kedua, ialah berdasarkan aspek muzikal (sound,riffing,style permainan gitar).Kalau begini ia boleh dipecahkan kepada 2 juga iaitu Ordinary Black Metal dan Viking/Folk Black Metal.Black Metal Biasa, hanya menggunakan instrumen-instrumen asas sahaja (drum,gitar,bass),tiada sebarang sound efek tambahan digunakan untuk mengiringi lagu.Lain pula dengan Viking Black Metal kerana jenis ini lebih kreatif dan inovatif.Keberatan dan pattern asas Black Metal dikekalkan tetapi ditambah dan dicampuradukkan dengan sound daripada synthesizer,keyboard,orchestra/choir dan juga bunyian alatan muzik tradisional Viking seperti flute dan cello yang mana akan menghasilkan stau kombinasi Metal yang berat dan harmonik.Gabungan modern keras dan klasik tradisionalnya dapat membawa khayalan pendengar seolah-olah berada di zaman Lord Of The Ring atau Conan The Barbarian.

Apakah Perbezaan Black Metal Dulu dan Sekarang?

Kini, Black Metal sudah menemui pattern sound yang tersendiri iaitu bunyian bising gitar yang ternyata berbeza daripada Heavy,Thrash dan Death yang sememangnya mempunyai style sound masing-masing.Maka kini,kita boleh melabel Black Metal berlandaskan aspek muzikalnya iaitu corak bunyian gitarnya yang unik.Oleh itu tidak benar dan tidak tepat jika seseorang hanya melabel Black Metal sebagai genre yang sempit yang menonjolkan mesej antiChristianity dan satanism semata-mata.Muzik Balck Metal sekarang adalah lebih muzikal eksperimental dan mempunyai skop lirik yang lebih luas.Malangnya sound pattern antara Black Metal,Thrash dan Black hanya dapat dibuktikan melalui pendengaran yang teliti sahaja.Demi pemahaman yang tepat,lebih baik kita melihat Black Metal itu adalah sejenis Muzik yang dibina daripada manifestasi bunyian dan bukannya berasaskan ideologi sempit.Maksudnya,kita boleh mendengar muzik Black Metal,mengkaji dan mencontohi kreativiti muzikalnya tetapi bukan mengambil dan mencontohi fahaman dan propaganda sesat mereka.Pegang pada jatidiri sendiri.

Muzik Metal Dan Lirik

Muzik Metal Dan Lirik


Seringkali masyarakat Malaysia mengaitkan muzik Metal hanya kepada lirik-lirik yang bertema kejahatan dan kesyaitanan sahaja.Pendapat begini adalah tidak tepat.Muzik Metal telah diserasikan dengan lirik yang pelbagai.Kewujudan banyak band Metal di dunia kini boleh dibezakan mengikut tema yang dipilih untuk menggubah lirik.
Band Sepultura semenjak keanggotaan Max Cavalera lagi hingga kini masih mengekalkan tema politikal di dalam lirik mereka. Misalnya di dalam album Nation, mereka menegaskan tentang isu penindasan dan penyalahgunaan kuasa serta perjuangan kaum Indian mendapatkan kebebasan.Tema yang sama juga diteruskan oleh band baru Max,Soulfly sebuah band yang ada pihak menganggpanya Black Metal. Di Amerika,sebuah band Grindcore popular,Napalm Death yang selalu disalahertikan kerana perkataan Death pada namanya memilih penulisan lirik yang lebih rumit berkenaan politik terutamanya berkisarkan ketamakan kapitalism,penindasan dan masalah kemanusiaan dan pertikaian tujuan peperangan.Dari album Scum hingglah ke album Order of The Leech,konsep yang sama dikekalkan mereka.
Band Cannibal Corpse pula memilih satu tema yang agak kotor dan jijik bagi bagi kebanyakan manusia iaitu perihal canibalism (mayat-mayat hidup yang merayau mencari dan memakan manusia).Mereka menceritakan kisah-kisah seram cannibal dengan realistik dalam versi ballad.Perkataan dan plot yang kejam sememangnya bertujuan menghidupkan rasa takut dan jijik dalam hati pendengar-pendengarnya.Tema yang sama juga dikongsi oleh band Cattle Decapitation,cuma band ini lebih menitikberatkan penggunaan terminologi yang saintifik (anatomi dan medical) dan berbaur kerakusan jenayah.Persamaan band-band sebegini dan pengarah-pengarah filem seram adalah kesan akhir yang diinginkan pada pendengar.
Sebuah band menakutkan dari Poland,Behemoth dan sebuah band Symphonic Gothic Thrash,Therion contohnya telah lama memilih tema yang agak jahat dan gelap iaitu berteraskan kemisterian kebudayaan dan kepercayaan masyarakat kuno terutama mitos-mitos dewa-dewi tamadun Mesopothamia purba.Mereka mencoretkannya dalam hasil penulisan seolah-olah mitos tersebut adalah benar.Apapun,persepsi dan pentafsiran kandungan lagu mereka terbuka dan terpulang pada keterbukaan dan kebijaksanaan masing-masing.
Ramai ahli masyarakat yang tidak pernah menyangka bahawa di dalam muzik Metal juga ada diselitkan nilai-nilai positif dan lumrah dan konflik kemanusiaan.Atas kesedaran kita tidak boleh lari dari berhubungan sesama manusia dalam persahabatan,percintaan dan kesalinggantungan sesama,tema begini turut dimasukkan ke dalam lagu-lagu metal.Contoh band popular yang membawa tema sebegini adalah Kittie,Arch Enemy,As I Lay Dying,Soilwork,In Flames,Killswitch Engage,Paradise Lost dan Lamb Of God.
Saya ingin membawa kefahaman anda tentang fenomena Metal melalui analogi filem seram. Tentu anda pernah menonton filem atau sekali sekali pernah membaca novel seram yang menjadikan objek supernatural sebagai karakter cerita,malah menjadikannya watak utama sepanjang plot (pontianak,vampire,makhluk ghaib,dewa-dewa pelbagai rupa).Kemudian seiring dengan penonjolan sifat dan tingkahlaku watak itu,karya diperkuatkan lagi dengan time/place setting zaman dimana masyarakat masih lagi percaya fanatik pada kepercayaan karut dan luar biasa.Objek-objek di luar fahaman mainstream ini secara berani ditampilkan sebagai watak kuat yang pelbagai dimensi walaupun perekanya sedar akan tentangan darpada masyarakat.Begitulah juga sesetengah lagu Metal,puitisan liriknya sebagai jalan cerita manakala muziknya adalah sound effect bagi menghidupkan mood dan keberkesanan cerita.Tetapi,jika dinilai dari keutamaan muzikal,kekuatan dan kreativiti susunan muzik adalah yang paling penting,manakala kelainan penulisan lirik adalah element tambahan sahaja.