The Chemistry Of Metal Music

Wednesday, August 31, 2005

Muzik Metal Dan Lirik

Muzik Metal Dan Lirik


Seringkali masyarakat Malaysia mengaitkan muzik Metal hanya kepada lirik-lirik yang bertema kejahatan dan kesyaitanan sahaja.Pendapat begini adalah tidak tepat.Muzik Metal telah diserasikan dengan lirik yang pelbagai.Kewujudan banyak band Metal di dunia kini boleh dibezakan mengikut tema yang dipilih untuk menggubah lirik.
Band Sepultura semenjak keanggotaan Max Cavalera lagi hingga kini masih mengekalkan tema politikal di dalam lirik mereka. Misalnya di dalam album Nation, mereka menegaskan tentang isu penindasan dan penyalahgunaan kuasa serta perjuangan kaum Indian mendapatkan kebebasan.Tema yang sama juga diteruskan oleh band baru Max,Soulfly sebuah band yang ada pihak menganggpanya Black Metal. Di Amerika,sebuah band Grindcore popular,Napalm Death yang selalu disalahertikan kerana perkataan Death pada namanya memilih penulisan lirik yang lebih rumit berkenaan politik terutamanya berkisarkan ketamakan kapitalism,penindasan dan masalah kemanusiaan dan pertikaian tujuan peperangan.Dari album Scum hingglah ke album Order of The Leech,konsep yang sama dikekalkan mereka.
Band Cannibal Corpse pula memilih satu tema yang agak kotor dan jijik bagi bagi kebanyakan manusia iaitu perihal canibalism (mayat-mayat hidup yang merayau mencari dan memakan manusia).Mereka menceritakan kisah-kisah seram cannibal dengan realistik dalam versi ballad.Perkataan dan plot yang kejam sememangnya bertujuan menghidupkan rasa takut dan jijik dalam hati pendengar-pendengarnya.Tema yang sama juga dikongsi oleh band Cattle Decapitation,cuma band ini lebih menitikberatkan penggunaan terminologi yang saintifik (anatomi dan medical) dan berbaur kerakusan jenayah.Persamaan band-band sebegini dan pengarah-pengarah filem seram adalah kesan akhir yang diinginkan pada pendengar.
Sebuah band menakutkan dari Poland,Behemoth dan sebuah band Symphonic Gothic Thrash,Therion contohnya telah lama memilih tema yang agak jahat dan gelap iaitu berteraskan kemisterian kebudayaan dan kepercayaan masyarakat kuno terutama mitos-mitos dewa-dewi tamadun Mesopothamia purba.Mereka mencoretkannya dalam hasil penulisan seolah-olah mitos tersebut adalah benar.Apapun,persepsi dan pentafsiran kandungan lagu mereka terbuka dan terpulang pada keterbukaan dan kebijaksanaan masing-masing.
Ramai ahli masyarakat yang tidak pernah menyangka bahawa di dalam muzik Metal juga ada diselitkan nilai-nilai positif dan lumrah dan konflik kemanusiaan.Atas kesedaran kita tidak boleh lari dari berhubungan sesama manusia dalam persahabatan,percintaan dan kesalinggantungan sesama,tema begini turut dimasukkan ke dalam lagu-lagu metal.Contoh band popular yang membawa tema sebegini adalah Kittie,Arch Enemy,As I Lay Dying,Soilwork,In Flames,Killswitch Engage,Paradise Lost dan Lamb Of God.
Saya ingin membawa kefahaman anda tentang fenomena Metal melalui analogi filem seram. Tentu anda pernah menonton filem atau sekali sekali pernah membaca novel seram yang menjadikan objek supernatural sebagai karakter cerita,malah menjadikannya watak utama sepanjang plot (pontianak,vampire,makhluk ghaib,dewa-dewa pelbagai rupa).Kemudian seiring dengan penonjolan sifat dan tingkahlaku watak itu,karya diperkuatkan lagi dengan time/place setting zaman dimana masyarakat masih lagi percaya fanatik pada kepercayaan karut dan luar biasa.Objek-objek di luar fahaman mainstream ini secara berani ditampilkan sebagai watak kuat yang pelbagai dimensi walaupun perekanya sedar akan tentangan darpada masyarakat.Begitulah juga sesetengah lagu Metal,puitisan liriknya sebagai jalan cerita manakala muziknya adalah sound effect bagi menghidupkan mood dan keberkesanan cerita.Tetapi,jika dinilai dari keutamaan muzikal,kekuatan dan kreativiti susunan muzik adalah yang paling penting,manakala kelainan penulisan lirik adalah element tambahan sahaja.

<< Home